Blogger Backgrounds

Sunday, October 23, 2011

DOMO !!



Assalamualaikum semua..



Domo handphone charm. Grab it! Couple set.

Order Cik Pijah =)




Assalamualaikum semua..




Yang "H" tu dalam bentuk brooch =) Dan harap cik pijah akan order lagi dan lagi ^_^v

Tengs cik pijah

Friday, October 7, 2011

MR & MRS


Assalamualaikum semua..


Order dari sahabat terchenta yang suka dan selalu support saya untuk buat kraf ni..


Tengs cik pijah =)


Monday, September 26, 2011

Saya suka ni!


Assalamualaikum..





Ini antara favourite saya.. MINDSTAR dari Catalyst.hee.. sebab rasa coklatnya yang umph! Buat saya lebih cergas dan cerdas dalam menempuhi kerja seharian. Selain tu, ia membantu meningkatkan fungsi otak dan keupayaan otak serta membantu meningkatkan daya ingatan. Ia juga berfungsi sebagai vitamin dalam membantu saya supaya lebih fokus, lebih daya ingatan dan tumpuan dalam kehidupan seharian. Bukan saja untuk kanak-kanak tau, orang dewasa macam kita pun boleh amalkan pengambilan MINDSTAR ni.. =)





VCO juga dari Catalyst. Tiap-tiap pagi dan malam saya makan satu biji. Lepas makan, jangan lupa minum air segelas ye ;) VCO ni dapat menyokong fungsi sistem imunisasi dan fungsi metabolik yang sihat, mengurangkan berat badan, menyediakan satu sumber tenaga yang segera, mengandungi kalori yang sedikit berbanding lain-lain lemak, dan nutrien penting mustahak untuk kesihatan yang baik, memudahkan penghadaman dan penyerapan zat makanan.






Collagen dari Catalyst. Tiap-tiap hari saya makan satu sachet. Collagen ni bagus untuk kulit kita sebab ia buat kulit kita tak akan berminyak, dapat mengurangkan masalah jerawat juga parut-parut yang ada pada kulit kita. Badan pun akan rasa cergas dan bertenaga. =)






Thursday, September 15, 2011

Hadiah Kawen




Assalamualaikum..


Lama tak hingat bercuti raya dan puasa.. =p


Kat bawah ni bantal untuk Pengantin Baru sahabat saya.. hihi



=Depan=



=Belakang=

Thursday, August 18, 2011

Pillow Talk !


Assalamualaikum semua...


Kali ni order dari Wani pulak. Kawan kepada Mira. ^_^


= Wani nak design yang simple je. So, adakah ini terlalu simple? =


= Model tak berbayar, menyibukkan diri untuk masuk dalam gambar. Tapi, tak nak senyum pun =

Monday, August 15, 2011

Virgin Coconut Oil from Catalyst


Assalamualaikum semua...


[Walaupun tak ramai yang view blog saya ni, tapi takpelah saya tetap nak guna "Assalamualaikum semua"] Ok ok tak nak melalut. Terus pada main point =p

Sebenarnya, masih ramai yang tak tahu apa itu VCO dari Catalyst bila saya memperkenalkan produk ni kepada mereka.

VCO ialah Virgin Coconut Oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk softgel. VCO keluaran Catalyst ini diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Dalam erti kata lain juga, ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus untuk diambil sebagai supplement tambahan terutamanya pada kulit.

VCO ada 2 jenis, satu jenis liquid, dan satu lagi jenis softgel. Tapi, jualan paling laris ialah jenis softgel.


Inilah VCO jenis softgel


Kenapa jenis softgel merupakan produk terlaris?
Sebab VCO jenis softgel ni takde bau, dan takde rasa apa-apa pun. Serius tak tipu! Sebab saya jenis orang yang tak suka bau ubat-ubatan ni. Selain tu, VCO ni senang nak dibawa ke mana-mana disebabkan saiz botolnya yang kecil.


KEBAIKAN VCO DARI CATALYST

- Menghilangkan parut jerawat dan stretchmark bagi wanita hamil
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
- Melindungi daripada kanser
- Regular semula PMS anda
- Sistem penghadaman lebih baik
- Kesuburan
- Kurangkan rasa senggugut
- Batuk dan selsema cepat hilang
- Mengurangkan tidur berdengkur


PENGAMBILAN VCO BAGI WANITA YANG HAMIL

Selain bagus untuk kulit, kesihatan dalaman dan luaran, VCO juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki atau wanita. Terutamanya yang telah berkahwin.

Ada effect ke VCO ni? Don't worry, there is no side effects because VCO is not a medicine. Ye, rezeki itu datangnya dari Allah s.w.t. tapi kita juga kena berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baik.

Pengambilan VCO bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana VCO juga berfungsi sebagai agen pelincir.

Pengambilan VCO semasa kehamilan adalah sangat bagus dan InsyaAllah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk Catalyst adalah 100% asli tanpa sebarang pengawet atau pewarna tiruan.

CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL .


PERSOALAN-PERSOALAN YANG SERING DITANYA MENGENAI VCO

1. Lelaki boleh makan jugak ke?
Yes! Lelaki pun boleh makan. Lelaki dan perempuan memang digalakkan makan VCO sebagai tambahan kesihatan.

2. Harga berapa dan dalam satu botol ada berapa softgel? Boleh tahan berapa lama satu botol VCO ni?
Harga VCO sebotol ialah RM 39.90 bagi semenanjung dan RM 43.90 bagi Sabah dan Sarawak. Dalam satu botol ada 60 kapsul softgel dan boleh tahan selama sebulan.

3. VCO ni sesuai dengan peringkat umur yang macam mana?
Semua peringkat umur sesuai. Daripada golongan muda sehinggalah golongan tua.

4. Bagaimana cara pengambilan / pemakanan VCO ni?
Boleh digunakan dengan 2 cara.
i) Makan
- 2 biji setiap hari. 1 biji pagi, dan 1 biji sebelum tidur. Boleh dimakan sebelum / selepas makan. Seeloknya diambil bersama segelas air kosong / air suam.
- Juga boleh diambil 2 biji sekaligus.

ii) Sapu pada muka
- Tebuk sedikit softgel dengan menggunakan jarum. Kemudian, sapu pada muka. Kalau boleh buat sebelum nak tido malam. Kalau nak biarkan sampai pagi, terpulang =) Tapi, 15 minit pun dah ok. Biar dia serap pada kulit muka.
- Tapi, untuk kulit sihat dan cantik, lebih baik kita makan daripada sapu pada muka. Yang penting, amalan makan kapsul softgel VCO 2 biji setiap hari jangan tinggal.

5. Tak bertambah minyak ke bila sapu softgel kat muka?
Nope! Cuma ianya sedikit berminyak bila sapu pada muka. Kemudian, bila dah bersihkan muka tu, kita dapat rasakan kelembutan kulit kita.

6. Kalau dah sedia kurus, bila makan VCO, akan bertambah kurus lagi ke?
Oh tak. Jangan risau sebab jika anda dah sedia kurus, ia takkan menguruskan lagi selepas makan sebab anda punya metabolisme dah sedia tinggi. Untuk metabolisme yang rendah, VCO membantu untuk menaikkan metabolisme anda =)

7. Berapa lama boleh nampak kesannya selepas makan VCO ni?
Jika anda konsisten mengambil softgel ni, InsyaAllah kesannya akan diperoleh dalam masa yang singkat. Tetapi, ia juga bergantung kepada sistem / hormon individu tersebut. Kesan-kesan sampingan juga adalah berlainan bagi setiap individu mengikut masalah yang dihadapi.

8. Halal ke VCO ni?
VCO dari Catalyst ni berasal daripada Syarikat Catalyst Nutraceutical (M) Sdn Bhd di Malaysia dan ianya berdasarkan dari sifat semulajadi. 100% bumiputera dan tak perlu ragu-ragu.

Info selanjutnya tentang VCO boleh layari www.catalyst2u.net